Tuesday 23 April 2013

KENALI SYARIKAT KAMI: MY SWEETCOOL ENTERPRISE.

PENGENALAN

Syarikat My Sweetcoool Enterprise adalah syarikat Bumiputra dimiliki oleh Tuan Nor Azmiha Tuan Yusoff. My Sweetcool Enterprise merupakan syarikat yang mengeluarkan dan membekalkan serbuk Ice Blended dan pengusaha minuman serbuk ice blended.

My Sweetcool telah ditubuhkan pada Bulan Mac 2013 pada mula penubuhan dengan membuka kedai minuman ice blended di Jalan Sungai Tua, batu caves Selangor. My Sweetcool juga menjalankan perniagaan di tapak-tapak pasar malam dan carnival hari terbuka.

My Sweetcool telah melangkah kehadapan dengan memproses sendiri serbuk ice blended dan telah membekalkan serbuk ke restoran-restoran dan peniaga-peniaga pasar malam, pasar tani dan lain-lain. My Sweetcool juga membekalkan ice blended kepada katering-katering untuk majlis cukur jambul, kesyukuran, majlis kahwain dan lain-lain majlis dengan berkonsepkan stall kawasan-kawasan yang diperlukan.

My Sweetcool juga telah mewujudkan rangkaian rakan niaga diseluruh Malaysia dengan berkonsepkan stall mudah lipat bergerak untuk memudahkan usahawan menjalankan perniagaan ditapak pasar malam, pasar tani, taman permainan dan lain-lain tempat.

No comments:

Post a Comment